Tuesday, 16 September 2014

Jalur Lebar Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni telah diadakan satu Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia yang berlangsung di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Padang Matsirat, Langkawi. Karnival ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 14 September 2014..





Ada berita baik bagi seluruh penduduk tempatan dan pelancong-pelancong, Y.A.B PM memaklumkan menjelang 2015 perkhidmatan jalur lebar akan ditambah baik sehingga 97 peratus 3G berbanding 70 peratus sebelum ni. Kemudahan dalam meningkatkan telekomunikasi di Pulau Langkawi merupakan satu langkah positif yang diambil oleh kerajaan dan dijangka menelan belanja sebanyak RM300 juta.

Antara kemudahan yang akan disediakan:

  • Membina 3 Pusat Internet 1Malaysia (Lokasi: Kg Padang Wahid, Padang Lalang dan Taman Delima)
  • 260 hotspot Wifi 1Malaysia
  • 10 menara telekomunikasi baharu
  • 2 ibu sawat Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)
  • 80 KM lingkaran kabel gentian optik
  • Tambahan kabel dasar laut dari Kuala Perlis ke Langkawi
  • Peningkatan 2G kepada 3G pada tempoh 2014-2015

Keratan akhbar Bharian pada 15/9/2014
Semoga dengan adanya teknologi ini, kita semua akan mendapat manfaat bersama..In shaa Allah

No comments:

Post a Comment