Tuesday, 16 September 2014

Jalur Lebar Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni telah diadakan satu Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia yang berlangsung di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Padang Matsirat, Langkawi. Karnival ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 14 September 2014..





Ada berita baik bagi seluruh penduduk tempatan dan pelancong-pelancong, Y.A.B PM memaklumkan menjelang 2015 perkhidmatan jalur lebar akan ditambah baik sehingga 97 peratus 3G berbanding 70 peratus sebelum ni. Kemudahan dalam meningkatkan telekomunikasi di Pulau Langkawi merupakan satu langkah positif yang diambil oleh kerajaan dan dijangka menelan belanja sebanyak RM300 juta.

Antara kemudahan yang akan disediakan:

  • Membina 3 Pusat Internet 1Malaysia (Lokasi: Kg Padang Wahid, Padang Lalang dan Taman Delima)
  • 260 hotspot Wifi 1Malaysia
  • 10 menara telekomunikasi baharu
  • 2 ibu sawat Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)
  • 80 KM lingkaran kabel gentian optik
  • Tambahan kabel dasar laut dari Kuala Perlis ke Langkawi
  • Peningkatan 2G kepada 3G pada tempoh 2014-2015

Keratan akhbar Bharian pada 15/9/2014
Semoga dengan adanya teknologi ini, kita semua akan mendapat manfaat bersama..In shaa Allah

Thursday, 28 August 2014

LANGKAWI: TEMPAHAN GELANGGANG SUKAN SECARA ONLINE

As salam semua dan salam sejahtera...

Nak bersukan di Langkawi tapi masih tercari-cari lokasi berdekatan..Ok kat sini kami kongsikan salah satu laman web yang disediakan oleh pihak LADA Langkawi untuk kemudahan tempahan gelanggang-gelanggang sukan yang mungkin anda boleh cuba di sini..Sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur samada kanak-kanak ataupun dewasa..tempat macam ni boleh juga dijadikan sebagai aktiviti tahunan sukan sekolah, universiti, mukim/daerah atau mana-mana jabatan kerajaan/swasta..

Antara tempahan padang/court sukan yang disediakan adalah futsal, bola sepak, badminton, tenis, bola jaring, bola tampar, squash dan lawn ball..menarik kan? hanya tempah secara ONLINE..

Untuk tempahan online klik sini
Yang mana kaki-kaki futsal bolehlah cuba main dan buat friendly match kat sini..harga sejam lebih kurang sama dengan harga kebanyakkan gelanggang futsal yang ada di luar Langkawi..yang mana ada pasukan futsal samada di dalam atau di luar daerah Langkawi boleh join group geng futsal @ Langkawi..klik di sini ----> https://www.facebook.com/groups/futsallangkawi/

Dengan adanya group ni, bolehlah promote and share pics pasukan anda dan sama-sama kita buat perlawanan amal/persahabatan/pertandingan bersama kawan-kawan lain..Feel free to join..

Ok semua..Sehingga bertemu lagi..As salam..

Sekiranya entri kali ini bermanfaat untuk semua sila klik 'LIKE' pada button dibawah dan hebahkan pada yang lain..

Tuesday, 4 February 2014

Welcome to Langkawi!!!

As salam dan apa khabar??..

baru2 ni kan cuti chinese new year..so ramai la pelancong/pengunjung datang ke Pulau Lagenda ni..homestay ixora 2 & 1 habis ditempah sebulan awal oleh semua pengunjung tempatan yg datang bermula pada 31 Jan sampai 2 Feb 2014...


ni suasana di dalam jeti Kuala Perlis pada pagi 31 Jan..kawan admin sampai pagi dpt naik feri dkt pukul 2 ptg..



 gambar di atas plak keadaan semasa di luar jeti Kuala Perlis...


gambar atas di Jeti Kuah, Langkawi pada 2 Feb 2014..org ramai dh mula utk bertolak pulang selepas menghabiskan cuti di Pulau Lagenda..


lastly, admin bergambar bersama pelancong tempatan dari Melaka yg telah menginap di Ixora 2 & 1 budget room homestay..Alhamdulillah percutian mereka mengikut seperti yg dirancang..admin mengucapkan terima kasih kepada mereka sekeluarga..In shaa Allah kalau ada umur yang panjang kita berjumpa lg..

for booking/enquiries call me :

013-4384243 Kak Asmah :)

Monday, 2 December 2013

Dari homestay Ixora ke Gunung Mat Chincang


LANGKAWI CABLE CAR

As Salam dan selamat petang..smlm admin g minum kt cable car langkawi..cuaca amat cantik..kehadiran pelancong luar dan dalam mmg ramai..highly recomended this place to all visitors..tempat ni dekat dengan seven walls (telaga tujuh)..hanya 15 minit from ixora homestay..


Saturday, 23 November 2013

Festival Kraf Langkawi

As salam dan selamat petang..
Hari ni Admin bersama kawan2 nak share aktiviti yang berlangsung
di Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Pulau Langkawi..


Sampai tadi lebih kurang jam 2 petang..
Ramai jugak pelancong tempatan dan luar negara yang hadir ke festival ni..


So mula2 sampai, ternampak pelbagai jenis pasu seperti gambar di atas..
Cantik juga..


Next, masuk plak kt dalam..singgah kt tmpt congkak..
teringat zaman muda2 admin main congkak..hehe :)



Pastu singgah ke tempat lukisan batik..
yang ni admin betul2 tertarik ..mmg tersangat cantik..
terdapat banyak jenis lukisan batik yang diletakkan di kawasan ni..
hasil lukisan seni anak tempatan..


Dan banyak lagi tempat persinggahan yang tuan2/puan2 leh mai tgk kt sini..
So sesiapa tak pernah sampai lagi..bleh la singgah..
dan lihat sendiri..
Festival ni dibuka kepada org ramai smpi 2hb Dis 2013..

Tempat ni mmg dkt dengan Ixora Two & One Budget Rooms
ok..jumpa lg..as salam semua..



Friday, 22 November 2013

FB pages Ixora Two & One Langkawi Homestay


As salam dan selamat petang..
Utk makluman semua..
Ixora Two & One Homestay telah menyediakan
FB page utk semua pengunjung/pelancong yang ingin mencari penginapan di Pulau Langkawi..
Sebarang pertanyaan lanjut
layari ke page


atau hubungi

013-4384243 (Kak Asmah)
019-7657422 (En Manan)



Terima Kasih

Monday, 18 November 2013

Jom mandi laut!!!!!


Our homestay is located near to Teluk Yu Beach



Pada mereka yang mengemari aktiviti santai di pantai dan suasana tenang di kampung, Ixora Two & One Budget Room Homestay merupakan tempat pilihan pengunjung...Lokasi homestay ni berdekatan dgn mesin ATM, Surau, kedai runcit (groceries shop), kedai makan, Top up shop..Pendek kata 'dont worry so much to bring ur family here'..

untuk sebarang pertanyaan berkenaan rate per night, jangan segan2 dial ke no
013-4384243 (Kak Asmah) and 019-7657422 (Mr Manan)

ATAU

pm ke FB kami, in shaa allah kami akan membalasnya

Monday, 23 September 2013

Ixora Two & One Budget Rooms


Latest update


Enjoy ur holiday here


A great family location, beautiful rooms and only 30 minutes to Kuah Town and Langkawi Airport. Facing a very fabulous views of Teluk Yu Beach. Within walking distance to beach. Near to prayer hall (surau), food stalls, convenient store and atm machine.

Room A: 9 single (s), 1 unit air conditioned, 1 bathroom, TV (RM 200)
Room B: 2 queen (s), 1 unit air conditioned, 1 bathroom, TV (RM 200)
Room C: 1 queen (s), 2 single (s), 1 unit air conditioned, 1 bathroom, TV (RM 200)


*All linen and towels supplied.

Email: ddiariesboutique@yahoo.com
phone : 013-4384243 (Asmah), 019-7657422 (Manan)

Sunday, 15 September 2013

Homestay Ixora Two & One @ Langkawi



Selamat datang ke Ixora Two & One Homestay, Taman Nilam, Pulau Langkawi. Rumah teres satu tingkat yang bersih, selesa dan menarik untuk penginapan anda. Mempunyai ruang tamu, 3 bilik tidur beserta air-cond dan 2 bilik air. Dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk dan mesin basuh. 15 minit ke kawasan membeli-belah utama di Kuah (Haji Ismail Group, Rams, Idaman Suri, Al-Ikhsan dan sebagainya). TV - pakej Astro NJOI. Pemandangan Gunung Raya yang berdekatan dengan tempat penginapan.

Lapangan terbang terdekat: Langkawi International Airport
Jeti Feri ke K/Perlis dan K/Kedah : Jeti Kuah (No Tel : 04-9661125/1126)
Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi: IPD Langkawi
Hospital Langkawi: Hospital Langkawi


- 3 bilik tidur ( 1 queen 4 single ) + x-tra bed
- 3 unit air-cond
- 2 bilik air 
- Bantal dan selimut tambahan 
- TV (Astro NJOI) 
- Peti sejuk 
- Mesin basuh 
- Almari pakaian 
- Dapur masak 
- Sofa 
- Meja makan 
- Saterika 
- Sejadah


Check-in : 2:00 pm 

Check-out: 12:00 pm

Hari biasa (2H1M) : RM 200.00 , deposit RM 100.00 

Hari cuti umum (2H1M): RM 250.00 , deposit RM 100.00



Cara bayaran :-



- 50% (selepas comfirm (bank in via maybank)) 

- 50% (bayar semasa check-in)



*Tempah awal untuk kemudahan anda*



H/P No : 013-4384243 - asmah, 019-7657422 - manan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui aplikasi "whatsapp" dan "we chat" di talian yang tertera di atas. Harap maklum.